DAP lupa maksud sebenar dendam politik – Najib

0
3
Pix via Malaysiapost

Nurul Huda Abhar

DATUK Seri Najib Razak menyelar kepimpinan DAP apabila mendakwa mereka itu telah lupa dengan apa yang sudah dilakukan Lim Guan Eng ketika menjadi Menteri Kewangan.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Guan Eng pernah mengeluarkan kenyataan media dan buat sidang media untuk mengecam Kelantan sebagai ‘kerajaan gagal’ apabila memberi pinjaman RM22.5 juta kepada negeri itu.

“RM2 juta pun dia nak berkira dengan Kelantan. Siap ditulis dalam kenyataan dan disebut dalam sidang media.

“Tapi yang RM2 bilion diberi kepada Pulau Pinang, dia membisu pula. Senyap-senyap buat kerja.

“Setiap kali Kelantan minta pertolongan kewangan kecemasan pada zaman Barisan Nasional (BN) jadi kerajaan, semasa saya PM dan Menteri Kewangan, kita akan buat.

“Kita tak keluarkan kenyataan media dan tak buat sidang media untuk menghina Kelantan atau PAS,” tulisnya di laman Facebook, hari ini.

Menurut Najib, kerajaan Pakatan Harapan (PH) pernah membatalkan peruntukan RM1 bilion untuk membaiki sekolah daif di Sarawak yang beliau luluskan dalam Bajet 2018.

Katanya, Guan Eng turut mengeluarkan kenyataan jika Sarawak mahu duit tersebut, negeri itu perlu membayar balik hutang kepada Kerajaan Pusat walaupun belum tiba masa bayaran perlu dibuat.

“Sarawak bayar balik RM350 juta, Kerajaan Pusat pula bayar RM350 juta kepada Sarawak untuk baiki sekolah. Sarawak bayar balik RM1 bilion, Kerajaan Pusat pula bayar RM1 bilion kepada Sarawak.

“Padahal peruntukan itu sudah diluluskan secara umum dalam bajet 2018 masa BN.

“Bukan main sorok-sorok seperti RM2 bilion itu untuk projek Pulau Pinang,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim dalam satu kenyataannya berkata keputusan Putrajaya untuk tidak memberikan jaminan pinjaman kepada kerajaan Pulau Pinang untuk membiayai projek Transit Aliran Ringan (LRT) negeri itu merupakan satu bentuk ‘pembalasan dendam’ politik.

Beliau yang juga Ahli Parlimen DAP mengecam tindakan Kerajaan Persekutuan itu.

Katanya, menjamin pinjaman bernilai RM2 bilion itu adalah tindakan ‘paling sedikit’ yang dapat dilakukan oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk Pulau Pinang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here