Belanjawan 2021: Tiada istilah tolak peringkat jawatankuasa – Takiyuddin

0
3
Bernama

SEMUA Ahli Parlimen diingatkan mengasihani dan menghormati rakyat dalam meluluskan Belanjawan 2021, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, tidak ada istilah meluluskan Belanjawan di peringkat dasar tetapi menolaknya di peringkat jawatankuasa.

“Keputusan lulus Bajet 2021. Titah dan tugas yang bertanggungjawab. Tiada istilah lulus Peringkat Dasar, tolak pula peringkat jawatankuasa. Kasihi dan hormati rakyat, kerajaan bertindak untuk semua,” katanya.

Yang di-Pertuan Agong sebelum ini menzahirkan penghargaan terhadap Ahli Parlimen yang memberi sokongan bagi membolehkan Belanjawan 2021 diluluskan di Dewan Rakyat Khamis lalu.

Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, sokongan dalam meluluskan Belanjawan 2021 adalah untuk menjamin kesejahteraaan dan kelangsungan hidup rakyat serta pemulihan ekonomi negara yang terkesan akibat penularan Covid-19. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here