Siti Hasmah pendengar setia

0
2

ROMANTIKNYA melihat pasangan suami isteri saling melengkapi antara satu sama lain.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik di Facebook Kelab Che Det, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dilihat menjadi pendengar yang setia kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam gambar berkenaan, bekas Perdana Menteri itu sedang membacakan sesuatu dan Dr Siti Hasmah mendengar dengan teliti.

Berdasarkan keterangan di Facebook berkenaan, Siti Hasmah mempunyai masalah penglihatan yang terhad, jadi tidak boleh membaca dan beliau akan mendengar sahaja Dr Mahathir membaca.

“Sampai masa, Dr Mahathir kata ‘panjang ni…’. Tun Hasmah reply ‘Conclusion please’. Jadi Dr Mahathir akan baca conclusionnya.

“Seorang 95, seorang lagi 94 tahun. Kedua duanya telah melalui perit perih kehidupan dunia ini. Semoga Allah merahmati kedua-dua pasangan ini,” kata laman Facebook berkenaan. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here