Berbincang jalan penyelesaian masalah suami isteri

0
3

HARI ini ramai yang mengadu dan mengeluh tentang pasangan masing-masing sama ada isteri atau suami. Sama ada tentang perangai, sikap atau tanggungjawab.

Ada yang mengadu suami asyik main ‘game’ di telefon, isteri kurang layan suami, suami lepas tangan tak urus anak sama-sama, isteri sibuk bersosial saja kerjanya.

Akhirnya hubungan suami isteri yang dulunya berwarna-warni jadi muram bak awan hitam. Yang menjadi mangsa sudah tentulah anak-anak.

Abang kakak. Dalam hubungan suami isteri, kita perlu menjaga hubungan dengan sentiasa berkomunikasi. Bercakap.

Kita kena selalu berbual, luah perasaan. Ada perkara tak kena, kena bagitahu. Tak berani cakap, taip, tak berani taip, tulis. Susah sangat, lukis. Nak bagitahu apa, kena sampaikan.

Perkara jadi besar bila perkara kecil tidak diselesaikan segera, dipendam akhirnya makan hati, jadi besar, besar lama-lama dia meletup abang kakak.

Itu semua punca bercerai, tak bersefahaman. Waktu tu dah tak guna lagi nak tuding jari sebab semua punca diri sendiri, dua-dua pihak bersalah.

Hubungan suami isteri ni dia kena bertepuk dua belah tangan. Pihak satu tepuk pihak seorang lagi terima tepuk. Baru jadi.

Itu pepatah ada kata tepuk sebelah tangan tak jadi, memanglah, nak jadi apa. Makna kata kalau sebelah pihak saja yang bertindak, sebelah pihak buat tak tau, memang tak jadi apa.

Jadi bila ada satu pihak nak bersuara, satu pihak lagi perlu lapang dada, tadah telinga. Teguran disampaikan kerana peduli. Macam kita marah anak. Marah, tegur tanda sayang.

Jadi pasangan tegur kita sebab sayang. Maka terimalah teguran tersebut dan ubahlah diri. jangan reti tegur anak ja tapi diri sendiri tak boleh ditegur. Itu ego namanya.

Masa bila sesuai nak tegur? Disarankan masa bersama berdua, time dating (temu janji) ke. Dan pilihlah masa yang sesuai, santai-santai, tenang, lepas makan.

Jangan waktu dalam kesesakan jalan, waktu lapar, stress la. Tak sesuai. Jadi bawa-bawalah pergi berdating (temu janji), bercuti ke. Makan berdua di kedai pun jadi la.

Abang kakak, jagalah hubungan kita suami isteri elok-elok. Jaga aib sesama. Jangan mudah-mudah cerita mengadu kat orang, jangan jugak lepaskan marah di media sosial. Selalulah berbincang itu yang terbaik. -Malaysiapost

Artikel ini dipetik dari Facbook Ustaz Don Daniyal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here