Tiga lagi anggota imigresen ditahan

0
2

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga lagi anggota Jabatan Imigresen bagi membantu siasatan berkaitan kes menyalahgunakan pengesahan cap keluar dan masuk sempadan utama negara.

Anggota gred 19 berusia 24 hingga 38 tahun itu ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya semalam.

Menurut sumber seperti dilaporkan Utusan Malaysia, mereka adalah antara anggota bertugas di kaunter Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia 2 yang dipercayai terlibat aktiviti tersebut.

Menurutnya, penahanan itu yang dilakukan menerusi Ops Selat setakat ini telah menahan 63 orang terdiri 38 pegawai dan anggota imigresen, 16 ejen dan sembilan orang awam.

“SPRM turut merampas dua kereta jenis Volkswagen gold, sebuah Toyota Wish dan motosikal Yamaha NVX.

“Permohonan reman dibuat pagi ini di Mahkamah Putrajaya dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here