Covid-19: 6 penumpang kereta api Ekspress Timuran diminta jalani saringan

0
3

ENAM penumpang yang menaiki kereta api Ekspress Timuran dari Johor Bharu ke Tumpat, 10 November lalu, diminta tampil menjalani ujian saringan Covid-19.

Enam penumpang berkenaan dari koc T6 dan memegang tiket T201152111087, T201035922381, T201078130791, T201182443886, T201176241266 dan T201193852880.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, berkata, ia susulan seorang penumpang disahkan positif Covid-19.

“Justeru kita meminta enam penumpang berkenaan tampil menjalani ujian saringan Covid-19,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Semalam, Kelantan mencatatkan lapan kes terbaru menjadikan 93 kes aktif dalam tempoh dua minggu.

Daripada jumlah kes terbaharu itu, lima kes adalah kontak rapat Kluster Kaya, manakala dua kes kontak rapat Kluster Mengketil. -Malaysiapost

Foto Kredit: Youtube Deryck Tan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here