Annuar penyelamat Bersatu, mahu memecahbelahkan MN?

0
2

NAIB Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberi gambaran bahawa Setiausaha Agung Barisan Nasiona (BN), Tan Sri Annuar Musa adalah ejen penyelamat Bersatu yang ingin memecah-belahkan Muafakat Nasional (MN).

Mohamed Khaled dalam satu kenyataan berkata, beliau yakin bahawa kenyataan ‘PAS tidak akan bersama Umno tanpa Bersatu’ tidak mewakili pendirian PAS.

“Ia datang dari seorang yang hanya ingin menyelamatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan memecah-belahkan Muafakat Nasional (MN),” katanya.

Annuar sebelum ini dilaporkan berkata, pendirian PAS jelas bahawa PAS, Umno dan Bersatu hendaklah bersama.

Justeru, idea untuk Umno dan PAS bergerak secara berdua tidak lagi boleh digunapakai kerana pendirian PAS jelas ‘Memperkasakan MN, Pertahankan PN’.

Beliau berkata demikian dalam wawacara bersama Umno Online yang dihoskan oleh Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan Sufian.

Ahli Parlimen Ketereh itu dikritik hebat oleh beberapa bekas Ahli Parlimen Umno antaranya Datuk Nur Jazlan Mohamed, Tan Sri Shahrir Samad dan Datuk Seri Dr Mohd Puad Zarkashi berikutan beberapa kenyataannya yang disifatkan kontroversi.

Mohamed Khaled berkata, sejak MN diasaskan, kerjasama Umno dan PAS adalah sangat utuh malah Umno amat menghargai ‘sabahat’ baharunya itu.

“Walaupun PAS menyertai PN, Umno tidak menghalangnya kerana memahami dan menghormati kedudukan PAS. Lagipun piagam Muafakat Nasional tidak pernah menghalang PAS bekerjsama dengan sesiapapun.

“Maka demikian juga yang Umno harapkan dari PAS tentang hubungan Umno dengan Bersatu.

“Umno yakin PAS tidak akan memaksa untuk menerima Bersatu apalagi memberikan kerusi kepada Bersatu dengan sewenangnya,” katanya.

Bekas Menteri Besar Johor itu berkata, PAS pasti menyedari bahawa akan ada kerusi yang menyaksikan pertembungan antara Umno dan Bersatu.

“Oleh kerana Umno bukan sebahagian dari PN, maka apa jua rundingan dengan Bersatu adalah untuk Umno lakukan terus dengan PN melalui BN,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here