Tiada siapa hubungi saya – Speaker

0
2

Muhammad Mustakim Ramli

[PARLIMEN] TIADA siapa hubungi saya, hari ini baru nak bangkitkan, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Beliau berkata, isu berkaitan jumlah had Ahli Parlimen dibenarkan masuk ke Dewan Rakyat boleh diselesaikan awal, namun tiada kerjasama dari Ahli Parlimen.

“Saya ada sahaja di pejabat. Hari Ahad pun saya masuk jika ada hal berbangkit seperti ini.

“Nombor WhatsApp saya semua orang ada tetapi tiada siapa pun hubungi saya. Macam bajet hari itu, pukul 4 petang baru nak bincangkan.

“Sama seperti hari ini, sudah setengah jam berlalu sepatutnya Menteri sudah boleh berbahas,” katanya.

Azhar berkata, beliau akan berbincang mengenai perkara itu dengan bermesyuarat bersama ketua whip hari ini.

Terdahulu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat memberi kelonggaran dengan memberi lebih ramai Ahli Parlimen masuk ketika perbahasan dan penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 oleh Menteri bermula hari ini.

Anwar (PH-Port Dickson) berkata ini bagi memastikan Ahli Parlimen yang berbahas mengenai sesuatu isu sebelum ini dapat mendengar sendiri jawapan yang akan diberikan oleh Menteri. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here