Nilam Oshman
PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Mawar, Sandakan, Sabah ditamatkan hari ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan sebelum ini mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan berkenaan bermula 28 Oktober sehingga hari ini.
Katanya, sehingga 6 November, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan sebanyak 731 saringan dan 87 kes kumulatif positif Covid-19 telah direkodkan.
“Daripada jumlah itu, sebanyak 64 kes positif Covid-19 tersebut telah sembuh sepenuhnya dan baki 23 kes aktif sedang menerima rawatan.
“Atas nasihat dan penilaian risiko yang telah dilaksanakan oleh KKM, mesyuarat teknikal hari ini bersetuju untuk menamatkan PKPD di Taman Mawar, Sandakan pada hari ini, sebagaimana yang dijadualkan,” katanya. – Malaysiapost

