Kerajaan kena kaji dulu konsep perjanjian keyakinan dan pembekalan

0
3
PUTRAJAYA 26 APRIL 2018. Menteri Pertanian dan Sumber Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di sidang media selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Pentadbiran Am Pengawasan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin China, Chen Gang di Kementerian Pertanian dan Sumber Asas Tani, Putrajaya. NSTP/ABD RAHIM RAHMAT

Nilam Oshman

KERAJAAN disaran mengkaji konsep minoriti serta perjanjian keyakinan dan pembekalan (confidence & supply agreement) sebelum berunding dengan pembangkang.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata mulai minggu depan dua istilah akan jadi buah mulut ramai pihak ketika Belanjawan 2021 dibentangkan.

Katanya, pertama berkaitan kerajaan minoriti dan kedua adalah berkenaan perjanjian keyakinan dan pembekalan.

Jelasnya, baru-baru ini kerajaan cuba menggantung Parlimen menerusi darurat, namun semua tahu sebab utama adalah kerana kerajaan takut tidak mendapat majoriti meluluskan bajet.

“Kerajaan yang tak ada sokongan majoriti dipanggil kerajaan minoriti. Pernah berlaku di UK, Australia dan India.

“Tanpa majoriti, Ahli Parlimen pembangkang akan buat pelbagai tuntutan sebagai syarat sokongan mereka kepada bajet.

“Termasuk peruntukan khas untuk kegiatan mereka dan lain-lain yang mereka mahu diberi keutamaan,” katanya menerusi catatan Facebooknya hari ini.

Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata, kerajaan perlu berunding untuk membuat perjanjian khas dengan mereka.

“Ini dipanggil “Confidence and Supply Agreement”. Beri perbekalan untuk dapatkan sokongan.

“Kita memasuki era baharu dalam pemerintahan. Yang nak memerintah kena pandai dan bijaksana. Tak kena gaya peruntukan kepada pembangkang boleh menikam diri.

Bagaimanapun, beliau berkata, pembangkang juga perlu bijaksana.

“Masa ini tuntutlah macam-macam. Salah tuntut rakyat pun tak suka juga,” ujarnya. – Malaysiapost