Ebit Lew sumbang kelengkapan untuk frontliners di Sabah

0
2

RISAU dengan kesulitan dialami penduduk Sabah, pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew menerbangkan peralatan untuk kegunaan petugas barisan hadapan di negeri tersebut.

Antaranya barangan disumbangkan beliau ialah pakaian perlindungan diri (PPE), pelindung muka, pelitup muka dan pelindung kasut.

Katanya, ia adalah untuk kegunaan petugas barisan hadapan serta petugas hospital dan klinik di Sabah.

“Doakan ya. Risau teramat sangat baca tentang saudara kita di Sabah. Ramai mesej saya minta bantuan. Terus pagi ini hantar barang medikal ke Sabah.

“Saya guna perkhidmatan Raya Airways. Doakan ye Insya-Allah semoga Allah selamatkan Sabah. Sayang orang Sabah sangat,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Kes harian Covid-19 di Sabah terus menjadi penyumbang kes baharu tertinggi di Malaysia, termasuk 352 kes yang direkodkan semalam. – Malaysiapost