MT Umno bermesyuarat lagi, bincang calon TPM

0
2

MENARA Dato Onn di Pusat Dagangan Dunja Putra (PWTC) menjadi tumpuan sekali lagi apabila mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) Umno diadakan bermula jam 8 malam tadi.

Mesyuarat khas Ahli-ahli Majlis Kerja tertinggi (MKT) itu antaranya membincangkan mengenai calon Timbalan Perdana Menteri selain perkara berkaitan persidangan Dewan Rakyat dan Belanjawan 2021.

Antara pemimpin yang dilihat hadir setakat ini, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah; Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Datuk Razali Ibrahim.

Mesyuarat malam ini susulan pertemuan MKT pada Isnin memutuskan untuk terus mendokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menolak sebarang kerjasama dengan PKR dan DAP.

Namun, spekulasi kini bertiup kemungkinan Muhyiddin mengumumkan nama timbalannya dari kalangan pemimpin dan Ahli Parlimen Umno.

Antara nama yang disebut-sebut termasuk Ahli Parlimen Bera yang juga Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Ahli Parlimen Sembrong yang juga Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Selain itu, turut disebut, Timbalan Presiden UMNO yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan serta Annuar, yang juga Ahli Parlimen Ketereh dan Menteri Wilayah Persekutuan. – Malaysiapost