Muhammad Mustakim Ramli
TUNGGU mesyuarat Umno dulu, kata Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) itu berkata, beliau tidak tahu kedudukan Umno sama ada terus menyokong Perikatan Nasional (PN)atau tidak.
“Saya tidak tahu kita tunggu mesyuarat Umno dulu,” katanya selepas ditanya media mengenai sokongan Umno terhadap PN.
Sementara itu, Hishammuddin juga enggan mengulas mengenai desakan meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.
“Itulah sebab kita bincangkan saya mahu dengar pandangan BN,” katanya.
Beliau antara Ahli Parlimen BN yang hadir mesyuarat tergempar diadakan di Ibu Pejabat Umno, Menara Dato Onn, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Difahamkan, mesyuarat itu untuk membincangkan titah Yang di-Pertuan Agong, semalam. -Malaysiapost

