Mengata secara terbuka ‘virus’ PH sejak jadi kerajaan 22 bulan – Shabery

0
2
PUTRAJAYA 26 APRIL 2018. Menteri Pertanian dan Sumber Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di sidang media selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Pentadbiran Am Pengawasan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin China, Chen Gang di Kementerian Pertanian dan Sumber Asas Tani, Putrajaya. NSTP/ABD RAHIM RAHMAT

VIRUS yang menyerang dan menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika memerintah selama 22 bulan pada 2018 ialah suka mengata antara sendiri secara terbuka, kata Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu berkata, bagaimanapun ‘vaksin’ bagi virus tersebut masih belum ditemui walaupun PH kembali memerintah selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Semasa pembangkang siapa pun boleh bercakap dan syok bercakap. Tak payah disiplin.

“Jadi kerajaan susah sikit. Sebab orang nak tengok bila ringgit nak sama seperti 2018, bila pasaran saham nak melonjak semula seperti sebelum 2018, bila pelabur datang berduyun2 seperti dulu.

“Berapa tinggi pula dividen Tabung Haji, LTAT, ASB. Paling susah pasal ayam dan telur,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Ahmad Shabery berkata, semua perkara tersebut sukar untuk diuruskan dan memerlukan formula yang tepat serta gerak kerja ‘kurang bercakap’.

Katanya, bagi memdapatkan kembali kestabilan ekonomi seperti tahun 2018, PH perlu bekerjasama dengan gabungan parti lain dalam Kerajaan Perpaduan.

“Jambatan segera pakai besi. Banyak sekeru. Kalau tercabut, cepatlah runtuh. Nak buat yang konkrit makan masa,” katanya.

Kenyataan Ahmad Shabery itu mengulas dakwaan seorang Ahli Parlimen PKR yang dilapor menyifatkan Barisan Nasional dan Umno yang terdiri daripada kelompok kes jenayah rasuah dan pecah amanah sebagai virus.

Hassan Abdul Karim yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata, virus berkenaan sedang menjangkiti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, PKR dan PH.

Beliau juga bersimpati terhadap Anwar kerana Perdana Menteri itu ketika ini berada dalam dilema berikutan melantik Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan beliau.

Ia kerana, katanya, Ahmad Zahid sedang dibicarakan di mahkamah atas berpuluh tuduhan jenayah rasuah dan pecah amanah sekali gus mencemarkan imej Kerajaan Perpaduan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here