Mayat pemancing dipercayai lemas ditemui

0
1

MAYAT seorang lelaki yang dipercayai lemas ketika memancing berhampiran jambatan Mempatih, dekat Lanchang, malam Selasa lalu ditemui pagi tadi.

Timbalan Pengarah (Operasi) Bomba Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat Muhammad Ikram, 23, ditemui pasukan bomba yang dibantu Unit Anjing Pengesan (K9) kira-kira jam 8.30 pagi.

“Mayat ditemui dalam keadaan sempurna pada jarak anggaran 1.5 kilometer dari lokasi dilaporkan hilang.

“Ketika ditemui, mayat mangsa dalam keadaan sempurna dan sudah dihantar ke hospital berhampiran bagi tujuan pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media di Kuantan, hari ini.

Muhammad Ikhram dilaporkan memancing bersama rakannya sebelum dilaporkan terjatuh dari tebing sungai itu.

Ini adalah insiden kedua selepas seorang lelaki berusia 19 tahun lemas di Sungai Pahang berdekatan Kampung Batu Bor, Bera empat hari lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here