Usaha banteras ‘scammer’ rentas kementerian

0
1

KEMENTERIAN Komunikasi dan Digital akan menjalinkan kerjasama merentasi kementerian dalam usaha membanteras aktiviti penipuan atau ‘scammer’ di negara ini.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata usaha itu bagi memastikan kegiatan scammer yang membawa kerugian jutaan ringgit kepada ribuan mangsa dilaksanakan lebih berkesan.

Bagi tujuan itu, katanya, beliau mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong semalam.

“Kami berbincang isu penting, juga merupakan salah satu keutamaan saya, iaitu isu membanteras scammer.

“Isu ini membabitkan banyak perkara termasuk perbankan, telekomunikasi, keselamatan data peribadi, siasatan dan pendakwaan, serta aktiviti scammer rentas sempadan.

“InshaAllah kerjasama merentasi kementerian akan diwujudkan untuk membanteras scammer dengan lebih berkesan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here