Jika SNBJ telah penuh, kita penuhkan Dataran Merdeka

0
3

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengajak peminat Harimau Malaya yang tidak memiliki tiket separuh akhir pertama Piala AFF, agar membanjiri Dataran Merdeka.

Menurut DBKL menerusi hantaran di Facebooknya, pihaknya akan menyediakan layar gergasi agar peminat dapat merasai kemeriahan perlawanan itu secara langsung.

“Anda mungkin antara yang terlepas tiket perlawanan separuh akhir perlawanan antara Harimau Malaya dan Gajah Perang malam ini.

“Tak mengapa…DBKL akan bawakan siaran langsung perlawanan ini di layar gergasi @ Dataran Merdeka.

“Ayuh Malaysia…turun dan bagi sokongan jitu dan padu anda kepada Harimau Malaya di Dataran Merdeka…jika SBNJ telah penuh…kita penuhkan Dataran Merdeka,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here