
BANTUAN Khas Kewangan (BKK) 2023 untuk penjawat awam dan pesara kerajaan akan dibayar mulai 17 Januari depan.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan berkata, bayaran BKK RM700 akan dibayar kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 56 dan ke bawah.
Jelasnya, BKK RM350 akan dibayar kepada pesara kerajaan yang sedang menerima pencen dan penerima pencen terbitan.
Turut menerima BKK RM350 adalah pesara perkhidmatan awam Skim KWSP serta veteran berpencen dan tidak berpencen.
JPA memaklumkan, mana-mana pihak yang mempunyai pertanyaan boleh berhubung melalui emel di alamat [email protected]. -Malaysiapost
