Penjawat awam, pesara terima bayaran Bantuan Khas Kewangan 17 Januari

0
2
Suasana di hadapan Kompleks Sogo dan Jalan TAR ketika tinjauan Malaysiapost hari ini. Kerajaan mengumumkan kelonggaran kepada penerima-penerima 2 dos vaksin lengkap mengunjungi kedai-kedai dan kompleks membeli belah yang dibenarkan.

BANTUAN Khas Kewangan (BKK) 2023 untuk penjawat awam dan pesara kerajaan akan dibayar mulai 17 Januari depan.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan berkata, bayaran BKK RM700 akan dibayar kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 56 dan ke bawah.

Jelasnya, BKK RM350 akan dibayar kepada pesara kerajaan yang sedang menerima pencen dan penerima pencen terbitan.

Turut menerima BKK RM350 adalah pesara perkhidmatan awam Skim KWSP serta veteran berpencen dan tidak berpencen.

JPA memaklumkan, mana-mana pihak yang mempunyai pertanyaan boleh berhubung melalui emel di alamat [email protected]. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here