Iman muda ceraikan isteri selepas nikahi wanita lain di Songkhla

0
3

NURUL HUDA ABHAR

“Suami langsung tak pertahankan saya,” kata Nur Hidayu Rosly,33 isteri pertama kepada Iman Muda, Syed Mohd Faris Syed Roslan, 34.

Syed Mohd Faris dikatakan telah menceraikan isteri pertamanya selepas berkahwin kali kedua secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 18 Mac lalu.

Nur Hidayu turut memberitahu telah dikasari oleh isteri baharu suaminya dan ketika itu dia baru menghabiskan tempoh pantang kelahiran anak kelima mereka.

“Kejadian berlaku di tempat kerja saya sekitar jam 12 malam. Wanita itu berang apabila suami memberitahu mungkin akan menceraikan salah seorang daripada kami.

“Pada mulanya semua berlaku dalam keadaan baik. Namun, apabila suami bercakap mahu ceraikan salah seorang daripada kami, dia mula mengasari saya selain mendakwa suami tidak memberinya nafkah dan sudah dua hari tidak pulang ke rumah,” katanya seperti dilapor HarianMetro.

Nur Hidayu menambah isteri kedua suaminya turut menendang, memijak kaki serta memulas tangannya dan berasa sedih kerana suami langsung tidak mempertahankan dirinya ketika kejadian tersebut berlaku.

Suaminya hanya memaklumkan tentang perkahwinan kedua dengn wanita tersebut pada penghujung Januari lalu ketika dia baru sahaja melahirkan anak kelima.

Perubahan mendadak suaminya turut dikesan apabila kerap pulang lewat dan tidak pulang langsung, serta sudah tidak menghulurkan wang nafkah, ataupun jika diberikan nilainya tidak tetap.

Dikatakan dia memang mengenali wanita tersebut kita masing-masing meyertai misi dakwah yang berjalan selama seminggu di Sibu, Sarawak pada November 2018 yang turut disertai suaminya.

“Semasa dalam penerbangan balik, saya pelik kerana dia menaiki penerbangan bersama suami, tetapi tidak saya dan dari situ saya sudah rasa ada yang tak kena,” ujarnya lagi.

Syed Faris juga finalis program Imam Muda musim kedua pada 2014 itu menceraikan Nur Hidayu dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Mei lalu iaitu dua hari selepas menyambut ulang tahun ke-13 perkahwinan mereka.