Peruntukan darurat RM500,000 bagi bantuan segera mangsa banjir Pantai Timur

0
2
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri bercakap pada sidang media status terkini gelembung perjalanan pelancongan domestik di Aswara.

KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meluluskan Perolehan Darurat sebanyak RM500,000 bagi membiayai keperluan segera serta bantuan kepada mangsa terjejas banjir di Terengganu dan Kelantan.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata peruntukan berkenaan bagi memastikan barangan keperluan tambahan di stor, mini depoh dan pangkalan hadapan di semua daerah terjejas sentiasa tersedia.

“Berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, luruan angin dan hujan lebat di Pantai Timur dijangka berterusan sehingga 21 Disember ini.

“Keadaan ini dijangka akan menyumbang kepada peningkatan kawasan-kawasan yang akan turut terjejas

“Petugas-petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan terus memantau dan bersiap sedia sepanjang masa di kawasan yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Sementara itu, beliau memaklumkan berhubung isu terputus pergerakan di Hulu Besut di Terengganu, mesyuarat bersama Ketua Polis Negeri dan Ketua Jabatan Negeri telah diadakan semalam.

Menurutnya, mesyuarat berkenaan memutuskan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan digunakan bagi membantu JKM dalam urusan penghantaran bantuan.

“Agensi seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pertanian dan Majlis Daerah Kuala Terengganu yang mempunyai kenderaan besar akan berkumpul di Depoh Bencana JKM Marang untuk membantu mengagihkan makanan dan barangan,” katanya.

Beliau berkata, bagi mangsa yang tidak sempat berpindah ke PPS (pusat pemindahan sementara), mereka boleh berkumpul di premis awam lain.

“Mereka boleh berkumpul di premis awam seperti Pusat Pemulihan Dalam Komuniti dan JKM bersama Pusat Kawalan Operasi Bencana akan daftarkan PPS secara ad hoc untuk mereka mendapatkan makanan dan keperluan asas,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here