Penghormatan terakhir buat mangsa tragedi Batang Kali

0
1

MENTERI Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming memberi penghormatan terakhir kepada mangsa yang maut dalam tragedi tanah runtuh Father’s Organic Farm, Batang Kali, semalam.

Beliau meluangkan masa melawat keluarga mangsa tragedi itu selama 45 minit pada upacara penghormatan terakhir yang berlangsung bermula 10 pagi hingga 10.30 malam tadi.

“Selepas sidang Parlimen, saya sempat menziarahi keluarga mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali.

“Salam takziah saya ucapkan kepada keluarga mangsa yang terlibat, semoga tabah dan sabar dalam dugaan ini, semoga dipermudahkan segala urusan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, malam tadi.

Menurutnya, kerajaan komited dan tidak akan berputus asa untuk mencari sembilan lagi yang masih hilang di tempat kejadian.

Dalam kejadian jam 2.42 pagi 16 Disember lalu, seramai 94 mangsa dilaporkan terbabit susulan tanah runtuh di tapak perkhemahan berkenaan.

Tragedi itu meragut 24 nyawa setakat ini, manakala 61 terselamat dan sembilan lagi masih hilang serta operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here