Dewan Rakyat terima 30 usul

0
2

SEBANYAK 30 usul dikemukakan 25 Ahli Parlimen yang diterima Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat sehingga petang tadi.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, berkata kesemua usul yang dikemukakan akan diteliti dan dipertimbangkan mengikut Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Adalah dimaklumkan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 Dewan Rakyat akan berlangsung selama 27 hari mulai Isnin, 2 November hingga Selasa, 15 Disember.

Sesi sidang mesyuarat kali ini sudah dimaklumkan melalui satu pemberitahuan kepada Ahli Dewan Rakyat bertarikh 2 Oktober lalu,” katanya. – Malaysiapost