Rizalman dilantik Ahli Lembaga Pengarah UiTM

0
1

Fitri Nizam

PEREKA fesyen terkemuka negara, Datuk Rizalman Ibrahim dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkuatkuasa 9 Oktober lalu.

UiTM menerusi satu hantaran di Facebook hari ini memuat naik gambar ucapan tahniah kepada Rizalman oleh Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah serta Pengurusan Eksekutif institusi pengajian tinggi berkenaan.

Rizalman yang kini berusia 48 tahun berasal daripada Georgetown, Pulau Pinang.

Anak bongsu daripada tujuh beradik itu adalah ‘produk’ UiTM yang memiliki Ijazah Sarjana Muda jurusan Seni Lukis dan Seni Reka (Fesyen) daripada institusi berkenaan.

Selain dikenali sebagai pereka fesyen, Rizalman juga bergiat sebagai pereka hiasan dalaman, pengurus majlis, pengatur perkahwinan dan pernah menjadi personaliti televisyen.

Beliau juga pernah menerima Anugerah Mercedes-Benz Asian Fashion Award di Anugerah Fesyen Antarabangsa-Malaysia 2004 (MIFA), Style Star of The Year Award 2008 dan Mercedez-Benz Stylo Award. – Malaysiapost