Annuar sahkan Zuraida sertai MN

0
2

DATUK Zuraida Kamaruddin menyertai Muafakat Nasional (MN) yang dipengerusikan Tan Sri Annuar Musa.

Perkara itu dikongsikan bekas Ketua Bahagian UMNO Ketereh itu dalam satu hantaran di Facebook, hari ini sekali gus mengesahkan bekas Ahli Parlimen Ampang itu telah menyertai MN.

“Terima kasih Datuk Zuraida Kamaruddin kerana sudi bertandang ke pejabat saya.

“Terima kasih juga kerana menyertai Muafakat Nasional,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, Annuar telah mendaftarkan satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bernama MN dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 19 September 2019 serta menamakan beliau sebagai Presiden.

Annuar telah dipecat Umno pada Jumaat lalu kerana lantang mengkritik dan mencemuh kepimpinan Umno.

Pada 25 November lalu, bekas Setiausaha Agung UMNO itu memutuskan untuk mengaktifkan kembali MN, sebuah NGO yang diasaskannya.

Menurut bekas Ahli Parlimen Ketereh itu, MN akan diaktifkan untuk memupuk nilai muafakat, perpaduan ummah dan keutuhan sistem politik negara yang lebih baik serta menekankan bahawa NGO itu akan berpaksikan pada Rukun Negara dan Perlembagaan Malaysia. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here