Terengganu, Pahang, Johor berisiko banjir – JPS

0
2

JABATAN Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir di beberapa daerah di Terengganu, Pahang dan Johor, hari ini.

JPS menerusi ciapan di Twitter, memaklumkan di Terengganu, kawasan berisiko terjejas ialah Daerah Besut (Jambatan Keruak, Kampung Bengkok, Kampung Cegar Kubur, Kampung Cawanan serta kawasan sekitarnya).

“Diikuti dengan Daerah Dungun (Kampung Dendang, Kampung Tepus, Kampung Minda, Kampung Surau, Kuala Jengal, Kampung Luit serta kawasan sekitarnya).

“Sementara itu, di Pahang melibatkan Daerah Rompin (Kampung Gadak, Jalan Kota Bahagia Melati dan kawasan sekitarnya),” kata JPS dalam hantaran itu, hari ini.

JPS turut memberitahu bagi negeri Johor pula, kawasan yang dijangka banjir mulai 12 tengah hari ini ialah Daerah Mersing (Kampung Jemari serta kawasan sekitarnya).

Terdahulu, Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan (buruk) di negeri Pahang dan Johor, hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here