Neelofa kini berniqab?

0
3

Nurul Huda Abhar

PELAKON dan pengacara, Neelofa membuat kejutan apabila memuat naik gambarnya mengenakan niqab di laman sosial Instagram (IG), hari ini.

Dalam masa sama, aktres itu juga membuat hantaran IG Story di mana ibu Neelofa, Datin Noor Kartini memeluknya selepas melihat dia mengenakan niqab.

“Suasana di mana beliau melihat saya memakai niqab @noorkartini.

“Insan teragung yang sentiasa berada disisiku di setiap langkah. I love you so much mama,” tulisnya sebentar tadi.

Sementara itu, rakan-rakan selebriti membanjiri komen di foto yang dimuatnaik dengan pujian dan ucapan syukur serta mendoakan berita mengenai penghijrahan pelakon itu mengenakan niqab adalah benar.

“Masha-Allah,” tulis Mawar Rashid.

“Subahanallah, cantiknya..,” kata Diana Amir.

“Lofa, Masha Allah, Bidadari. Jangan lupa doakan saya juga nanti menjadi seperti ini,” kata ladybosrafa.

“Sangat cantik, saya doakan agar Lofa terus istiqomah untuk menjadi muslimah dan contoh kepada wanita lain,” komen Isyamira.

Neelofa yang juga bekas pengacara Meletop kini mempunyai rancangan bual bicaranya sendiri bertajuk Next To Neelofa.

Neelofa juga dikenali sebagai ikon fesyen kerana sering mendapat jemputan menghadiri karpet merah di beberapa pertunjukkan fesyen mega di luar negara. -Malaysiapost