PAS boleh jadi pembangkang yang efektif – Asyraf Wajdi

0
2

KETUA Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yakin PAS boleh memainkan peranan sebagai pembangkang yang efektif untuk semak dan imbang Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata, sistem demokrasi yang berorientasikan rakyat hanya boleh beroperasi dengan berkesan jika wujud pembangkang yang kuat. 

“InsyaAllah, berlainan ideologi parti tidak pernah mungkin boleh meleraikan ikatan ukhuwah dan memutuskan hubungan silaturrahim sesama Islam. 

“Malah Muafakat Nasional masih boleh diperkasakan dengan lebih telus dan tulus bukan lagi bersandarkan perkiraan untung rugi mencatur kuasa politik,” katanya dalan hantaran Facebook.

Hari ini, PAS menyatakan pendirian tidak akan menyertai Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diterajui oleh Pakatan Harapan (PH) dan DAP.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dalam kenyatan berkata pendirian tidak akan menyertai Kerajaan Persekutuan itu dicapai selepas membuat pertimbangan daripada pelbagai sudut serta meneliti pendapat umum.

“Demi menghormati kepercayaan dan mandat majoriti rakyat khususnya para pengundi yang telah memilih PAS dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here