Kediaman Muhyiddin tenang, tiada pegerakan pemimpin PN

0
2

KEDIAMAN Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tetap menjadi tumpuan pengamal media meskipun Istana Negara telah mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Hari merupakan hari kelima pengamal media berkumpul selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menyaksikan tiada parti mendapat majoriti bagi membentuk kerajaan.

Suasana di sekitar kediaman bekas Perdana Menteri kelapan itu tenang dan tidak kelihatan kenderaan yang membawa pemimpin PN masuk ke kediaman Muhyiddin.

Pengamal media masih setia menanti sejak awal pagi tadi lagi, menunggu kenyataan daripada pemimpin utama PN susulan keputusan Istana Negara menamakan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10.

Selepas tiga hari keputusan PRU-15 yang menyaksikan tiada parti mendapat majoriti, hari ini Istana Negara memutuskan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10.

Pada PRU-15 Pakatan Harapan (PH) menang 82 kerusi, PN (73), BN (30), GPS (23) dan GRS (6).- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here