Letak jawatan: Zahid tak wajar tutup telinga – Ismail Sabri

0
2

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi mesti mendengar luahan dan pandangan pemimpin serta ahli akar umbi yang mendesak beliau untuk berundur sebagai Presiden Umno.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Ahmad Zahid tidak wajar menutup telinga, tanpa memberi sebarang kata putus terhadap desakan kepadanya.

Katanya, Ahmad Zahid mesti mendengar pandangan semua pihak termasuk ketua bahagian Umno dan beberapa pihak lain susulan prestasi buruk Umno serta Barisan Nasional (BN) dalam PRU15.

“Saya harap Presiden buat pertimbangan sewajarnya. Jangan menutup telinga untuk tidak mendengar langsung pandangan.

“Mungkin untuk kebaikan, presiden mesti memikirkan masa depan parti, sama ada perlu kekal kerana dia menang pemilihan dan tak boleh dipecat begitu saja. Presiden kalau mahu dipecat mesti dua pertiga ahli panggil mesyuarat agung luar biasa untuk pecat presiden.

“Tapi presiden juga boleh menarik diri atau berhenti. Itu kuasa diberikan Perlembagaan (parti). Presiden perlu memikirkan demi masa depan parti dan jangan menutup telinga (desakan) Ketua Bahagian Umno, Pemuda. Setiap hari kita dengar macam-macam desakan,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Semalam, ramai pemimpin Umno dan ahli akar umbi parti mendesak Ahmad Zahid berundur selepas BN kalah teruk pada PRU15 apabila hanya menang 30 kerusi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here