Belum ada keputusan mengenai pelantikan PM ke-10 – Anwar

0
1
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim

DATUK Seri Anwar Ibrahim memaklumkan belum ada sebarang keputusan daripada Yang di-Pertuan Agong mengenai pelantikan Perdana Menteri ke-10 setakat ini.

Ketika ditemui media di luar pintu Istana Negara sebentar tadi, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu memberitahu Seri Paduka Baginda bertitah perlu ada kesepakatan dan kerjasama semua pihak untuk membentuk kerajaan yang kukuh.

Terdahulu Anwar dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dititah menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, jam 4.30 petang tadi.

Muhyiddin tiba pada jam 4.05 petang manakala Anwar tiba lima minit kemudian.

Istana Negara sebelum itu mengesahkan kedua-dua calon Perdana Menteri daripada PH dan PN tiada majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Sehubungan itu, memandangkan tiada ahli Dewan Rakyat mendapat kepercayaan majoriti mudah, Seri Paduka Baginda menitah perkenan untuk Muhyiddin dan Anwar menghadap pada jam 4.30 petang tadi di Istana Negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here