Muhyiddin kembali dari Istana Negara

0
1

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat kembali ke kediamannya di Bukit Damansara pada jam 5.12 petang tadi.

Terdahulu, beliau dititah menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada pukul 4.30 petang tadi bersama Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setakat ini tiada sebarang kenyataan daripada Istana Negara berhubung pelantikan Perdana Menteri ke-10. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here