Hishammuddin ulangi pendirian tidak berkompromi jajaran baru

0
2

BENDAHARI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mengulang pendirian menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, menerusi spekulasi yang berlaku dalam politik semasa, pendirian beliau jelas tidak akan berkompromi dengan dakwaan kerjasama BN dengan PH bagi membentuk jajaran baru.

“Sekiranya masih tiada persefahaman dan kata putus, adalah lebih baik BN berperanan sebagai pembangkang dan saya bersedia untuk itu.

“Apa jua yang terjadi, saya akan tetap setia bersama Umno dulu, kini dan selamanya; serta akan bekerja keras demi memulihkan Umno dan BN bersama rakan-rakan yang lain,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Terdahulu, Hishammuddin yang juga bekas Menteri Kanan Pertahanan menegaskan keperluan BN untuk bekerjasama dengan pihak yang berkongsi nilai dan matlamat yang sehaluan.

Katanya, rakyat sudah membuat pilihan mereka dalam PRU15 dan ia harus dihormati serta diinsafi.

Situasi politik semasa negara menjadi topik hangat selepas kepemimpinan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan berbincang di sebuah hotel di ibu negara, semalam.

Pertemuan BN dan PH mengejutkan banyak pihak disifatkan simbolik bagi penjajaran baharu.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong berkenan supaya proses bagi mengemukakan gabungan parti politik pasca PRU15 untuk pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan Perdana Menteri ke-10, dilanjutkan sehingga jam 2 petang hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here