‘Kerajaan Pintu Belakang’ sedang bergerak secara senyap, dakwa Razlan

0
1
KUALA LUMPUR, 27 Okt -- Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Mohd Razlan Rafii ketika keluar selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Razlan Rafii menyeru semua pihak supaya menolak dan menghalang perbuatan ‘Langkah Sheraton’ daripada berulang.

Mohd Razlan Rafii mendakwa ketika ini ‘Kerajaan Pintu Belakang’ sedang bergerak hebat dengan secara senyap dilakukan di peringkat bawah.

Justeru, beliau menggesa semua pemimpin parti politik menjunjung semangat dan objektif undang-undang dan Akta Anti Lompat parti dengan penuh ikhlas dan penuh kesucian hati demi kestabilan politik negara.

“Negara melalui pelbagai konflik disebabkan angkara Ahli Parlimen yang bertindak membelakangi parti yang mereka sendiri wakili.

“Disebabkan itu, wajar dan tepat langkah Parlimen membuat keputusan untuk mengubal undang-undang Anti Lompat Parti agar tiada lagi peristiwa seperti lompat melompat ini terjadi,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi catatan ‘Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Agong’ di Facebooknya, hari ini.

Beliau berkata, pentafsiran undang-undang itu terus menjadi konflik sekali lagi apabila ada pandangan dan pakar-perundangan yang mentafsirkan SD diperlukan setiap Ahli Parlimen untuk menyokong Ketua Kerajaan yang bakal dilantik.

“Pemahaman rakyat, apabila adanya akta ini, setiap Ahli Parlimen tertakluk untuk akur kepada parti yang mereka wakili.

“Tiada lagi agenda dan perbincangan secara sulit dibelakang tabir yang akan mengugat kestabilan dengan kewujudan kerajaan ataupun ketua Kerajaan.

Katanya, ahli politik dipandang keji dan hina kerana terpalit dengan pertimbangan individu membuat keputusan demi kepentingan pihak tertentu dan bukan kepada konsep kepartian yang diamalkan dalam sesebuah kesatuan.

“Patik menyeru agar semangat dan objektif undang-undang dan akta anti lompat parti ini wajib dijunjung dengan penuh ikhlas dan penuh kesucian hati demi kestabilan politik negara,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here