PRESIDEN PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang antara yang dilihat memasuki kediaman Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi ini.
Tinjauan media yang berkumpul di perkarangan kediaman bekas Perdana Menteri itu mendapati kenderaan Abdul Hadi masuk kira-kira jam 9.50 pagi.
Sementara itu, kenderaan milik Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pula dilihat memasuki kediaman Muhyiddin selepas 15 minit.
Ahmad Faizal diiringi isterinya, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi.
Dilaporkan juga, Ahmad Faizal sempat mengusik apabila menunjukkan gaya Ultraman kepada pengamal media yang menunggu di kawasan berkenaan.
Perjumpaan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan penentuan pembentukan kerajaan baharu.
Terdahulu, media melaporkan PN sudah menghantar akuan bersumpah (SD) kepada Istana Negara untuk membentuk Kerajaan Persekutuan selepas mendakwa memperoleh sokongan 112 ahli parlimen.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, SD tersebut adalah daripada ahli-ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Pengerusi PN untuk menjadi Perdana Menteri ke-10. – Malaysiapost