PN dakwa terima satu lagi SD sokong Muhyiddin PM

0
1

PERIKATAN Nasional (PN) memaklumkan menerima satu Surat Akuan Berkanun (SD) daripada seorang lagi Ahli Dewan Rakyat yang menyatakan sokongan kepada Tan Sri Muhyddin Yassin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Surat Akuan Berkanun berkenaan sudah dihantar ke Istana Negara, pagi tadi.

“PN telah menerima satu Surat Akuan Berkanun daripada seorang lagi Ahli Dewan Rakyat yang menyatakan kepercayaan kepada Muhyiddin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10.

“Surat Akuan Berkanun ini telah dihantar ke Istana Negara pagi ini,” katanya dalam kenyataan, sebentar tadi.

Semalam, PN memaklumkan sudah menghantar akuan bersumpah (SD) kepada Istana Negara untuk membentuk Kerajaan Persekutuan selepas mendakwa memperoleh sokongan 112 Ahli Parlimen.

Hamzah berkata, SD tersebut adalah daripada ahli-ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan Muhyiddin yang juga kepada Pengerusi PN untuk menjadi Perdana Menteri ke-10.

Menurutnya, jumlah surat akuan yang dihantar adalah melebihi 112 iaitu jumlah kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat yang diperlukan untuk pelantikan Perdana Menteri di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here