PH, BN positif bentuk kerajaan Pahang yang stabil

0
4

PAKATAN Harapan (PH) Pahang mengesahkan sudah memulakan rundingan dengan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk Kerajaan Negeri Pahang terlebih dahulu sebelum Perikatan Nasional (PN) Pahang.

Pengarah Strategi PH Pahang Ahmad Nizam Hamid, berkata setakat ini rundingan berjalan dalam suasana yang muhibah, santun dan penuh ikhlas.

“PH Pahang mengesahkan telah memulakan rundingan dengan BN Pahang bagi membentuk Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur.

“Rundingan telah berjalan dalam suasana yang muhibbah,santun dan dengan penuh keikhlasan berpaksi kepada keutamaan menjaga kemaslahatan rakyat Pahang dan memacu pembangunan pesat negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut merujuk kepada kenyataan Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah yang memaklumkan telah melantik Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai ketua rundingan pembentukan kerajaan negeri.

Menurut Ahmad Nizam hasil perbincangan antara PH dan BN negeri adalah positif ke arah pembentukan sebuah kerajaan yang stabil dan tidak cenderung meneruskan agenda kepartian. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here