GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) kini secara keseluruhan memenangi 23 kerusi Parlimen di negeri berkenaan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) susulan calonnya Anyi Ngau diumumkan sebagai pemenang kerusi Parlimen Baram, hari ini.
Anyi memperoleh 18,399 undi dengan majoriti 7,339 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Roland Engan yang mendapat 11,060undi, manakala calon Bebas, Wilfred Entika hilang wang pertaruhan selepas hanya memperoleh 324 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Sabtu lalu mengumumkan penangguhan pengundian di 11 daripada 194 pusat pengundian di Parlimen Baram akibat cuaca buruk.
Kemenangan di Baram menyaksikan GPS menguasai 23 kerusi daripada 31 parlimen yang dipertandingkan dalam PRU-15.
Dalam pilihan raya kali ini, GPS yang dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP). – Malaysiapost

