Annuar puji ketegasan Ismail Sabri tolak kerjasama PH

0
2

BEKAS Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa memuji ketegasan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang istiqamah mempertahankan keputusan Perhimpunan Agung Umno (PAU) untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Beliau juga terharu dengan ketegasan Ahli-ahli Parlimen BN, khususnya Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang tegas mempertahankan keputusan berkenaan.

“Saya selaku antara individu yang banyak terlibat dengan pelbagai keputusan dan dasar parti sekian lama terutama ketika menjadi ahli Parlimen, ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Setiausaha Agung parti dan sebagainya merasakan sampailah masanya pencerahan dibuat.

“Ini demi kepentingan ahli parti mengetahui perkara sebenar berhubung banyak perkara yang tidak dikongsikan sebelum ini,” katanya di Facebook pada Isnin.

Terdahulu, seramai 26 ahli Parlimen BN hadir dalam perjumpaan bersama parti itu dan PH di sebuah hotel, semalam.

Bagaimanapun, dua lagi tidak dapat hadir kerana tidak sihat.

Setakat ini belum ada mana-mana gabungan parti yang mampu membentuk kerajaan sehingga meletakkan Parlimen dalam situasi tergantung.

Keputusan rasmi menunjukkan PH memiliki kerusi terbanyak dengan 82 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (PN) dengan 73 kerusi.

BN mencatat prestasi paling buruk dalam sejarah pilihan raya gabungan itu, apabila hanya menguasai 30 kerusi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here