“Kalau masih tak dapat juga tubuh kerajaan, tolong jangan salahkan kami” – Tok Mat

0
4
tok mat mohamad hasan

TIMBALAN Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan Barisan Nasional (BN) tidak harus dipersalahkan sekiranya kerajaan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak dapat ditubuhkan.

Beliau yang memenangi kerusi Parlimen Rembau dalam pilihan raya Sabtu lalu, berkata apa yang berlaku ketika ini adalah hasil daripada proses yang demokratik, untuk memulangkan mandat kepada rakyat.

Mohamad berkata, BN menerima keputusan rakyat yang menolak parti berkenaan dan kini tiada kuasa untuk menubuhkan kerajaan.

“Saya cadangkan biarlah Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) bergabung tubuh kerajaan sebab mereka mendapat bilangan nombor undi yang lebih tinggi.

“BN bersedia menjadi pembangkang yang bertanggungjawab ‘check and balance’ kerajaan baru,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau bagaimanapun, berkata BN sedia menyumbang kepada pembukaan bicara yang ikhlas dan terbuka, jika bantuan diperlukan dalam waktu peralihan pasca PRU ini.

“Kalau masih tak dapat juga tubuh kerajaan, tolong jangan salahkan kami. Ini hasil daripada proses yang demokratik, untuk memulangkan mandat kepada rakyat. Kami hanya menghormati keputusan itu.

“Semoga Malaysia sentiasa berada dalam peliharaan Allah SWT jua,” katanya.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong berkenan supaya proses bagi mengemukakan gabungan parti politik pasca PRU-15 untuk pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan Perdana Menteri ke-10, dilanjutkan sehingga jam 2 petang esok. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here