Jangan timbulkan situasi mengancam keselamatan, ketenteraman awam – Acryl Sani

0
3
pdrm

MASYARAKAT diminta tidak menimbulkan situasi mengancam keselamatan dan ketenteraman awam melalui media sosial susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan keadaan kerajaan baharu yang masih belum dapat dibentuk sehingga kini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, susulan pengumuman keputusan PRU-15 dan tempoh pembentukan kerajaan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan tindakan pengguna-pengguna media sosial yang memuatnaik kandungan menyentuh sentimen perkauman, keagamaan dan menghina institusi diraja.

“PDRM memberi peringatan dan penegasan kepada pengguna-pengguna media sosial agar mengekang diri daripada menyalahgunakan platform tersebut untuk menyebar kandungan bersifat provokasi yang boleh mengakibatkan kegusaran awam.

“Tindakan tegas di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan serta Kanun Keseksaan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan situasi mengancam keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya dalam satu kenyataan malam ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here