Rundingan pembentukan kerajaan perlu dilakukan melalui pintu depan – Mohd Khairuddin

0
3

SEMUA rundingan membabitkan pembentukan kerajaan perlulah dilakukan mengikut pintu depan dengan parti berkaitan, kata bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Bekas penyandang kerusi Parlimen Kuala Nerus itu berkata rundingan melalui pintu belakang hanya akan memecahkan parti rakan gabungan sekali gus mengulangi tragedi dan krisis 2021.

“Jika rundingan guna pintu belakang akan wujud kluster menteri dan parti yang menjadikan kerajaan tidak stabil.

“Apa yang rakyat mahu ialah kerajaan yang stabil,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook hari ini.

Beliau mengulas pertemuan pemimpin dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) yang dikatakan ada kaitan pembentukan kerajaan campuran.

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin yang bertanding atas tiket BN pada PRU15 berkata, semua langkah mesti bermula daripada hari pertama perundingan sehingga terbentuknya kerajaan.

“Cukup-cukuplah kita berkrisis yang akhirnya rakyat dan negara menanggung akibatnya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here