Nama MB Perlis diketahui petang ini

0
2

NAMA bakal Menteri Besar baharu Perlis akan dipersembahkan kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail untuk mendapat perkenan, petang ini.

Pengerusi PN Perlis, Shukri Ramli berkata, PN pusat telah menyampaikan watikah kepada pihaknya untuk mempersembahkan nama calon tersebut dan pelantikan menteri besar perlu mendapat perkenan Raja Perlis sepertimana termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis.

“Semalam kita (PN Perlis) telah melakukan perjumpaan dengan pucuk pimpinan parti dan kami sebulat suara bersetuju untuk mempersembahkan satu nama calon Menteri Besar Perlis yang baharu kepada Raja Perlis petang ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada PRU15, PN berjaya menyapu bersih hampir seluruh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila berjaya menawan 14 daripada 15 kerusi, selain memenangi kesemua tiga kerusi Parlimen iaitu Padang Besar, Arau dan Kangar.

Pakatan Harapan (PH) berjaya menang satu kerusi DUN menerusi Gan Ay Lin sekali gus mengekalkan kemenangan di Indera Kayangan.

Barisan Nasional (BN) mencatat keputusan terburuk apabila gagal mempertahankan sebarang kerusi termasuk kerusi DUN Bintong yang ditandingi Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook Shukri Ramli

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here