4 Ahli Parlimen BN tak hadir pertemuan dengan PH

0
3

EMPAT Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tidak hadir dalam pertemuan dengan pemimpin Pakatan Harapan (PH), pagi tadi.

Mereka ialah Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Datuk Seri Jalaluddin Alias (Jelebu); Datuk Adnan Abu Hassan (Kuala Pilah) dan Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (Jempol).

Seramai 26 Ahli Parlimen hari ini bertemu pemimpin utama PH yang antara lain bagi mengadakan perbincangan berkaitan sokongan untuk calon Perdana Menteri.

Hishammuddin secara terbuka menolak sebarang kerjasama dengan PH bagi membentuk kerajaan termasuk menamakan calon Perdana Menteri daripada PH.

PH kini sedang berusaha mengumpul sokongan bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan, dengan sokongan Ahli Parlimen BN diharapkan dapat dilengkapkan bagi meraih cukup 112 majoriti mudah.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), PH menang 82 kerusi Parlimen dan memerlukan sekurang-kurangnya 30 kerusi atau sokongan Ahli Parlimen bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan.

Setakat hari ini, PH sudah memperoleh sokongan daripada tiga Ahli Parlimen Parti Warisan dan seorang Ahli Parlimen dari Parti Bangsa Malaysia (PBM). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here