JPM nafi keluarkan poster ucap tahniah kepada Hadi sebagai PM ke-10

0
2

JABATAN Perdana Menteri (JPM) manafikan ada mengeluarkan poster bertajuk ‘𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐒𝐞𝐫𝐢 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐆𝐮𝐫𝐮 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐇𝐚𝐝𝐢 𝐀𝐰𝐚𝐧𝐠, 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞-𝟏𝟎’.

Poster dengan gambar Presiden PAS itu tular di media sosial khususnya di Twitter hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi JPM, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, menasihatkan orang ramai agar tidak menyebar atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu.

“Tidak pasti, jangan kongsi. Sila rujuk kepada akaun media sosial rasmi JPM untuk berita sahih,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here