Rela dipecat, tidak akan ubah pendirian tolak PH – Hishammuddin

0
2

BENDAHARI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein, rela dipecat namun bertegas tidak akan mengubah pendirian menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Ahli Parlimen Sembrong itu hari ini mengulangi sekali lagi pendirian tidak akan bekerjasama dengan PH membentuk kerajaan selepas kekalahan terburuk BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Seperti saya tegaskan kelmarin dan sebelum ini lagi, saya tetap menolak kerjasama dengan PH.

“Saya rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini.

“No Anwar, No DAP, pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook, hari ini.

Semalam, Hishammuddin yang juga bekas Menteri Kanan Pertahanan menegaskan keperluan BN untuk bekerjasama dengan pihak yang berkongsi nilai dan matlamat yang sehaluan.

Katanya, rakyat sudah membuat pilihan mereka dalam PRU15 dan ia harus dihormati serta diinsafi.

Pagi tadi, pemimpin PH dan BN dikatakan bermesyuarat bagi membentuk kerajaan campuran. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here