MIC tak tolak kerajaan campuran PH-BN

0
3
KUALA LUMPUR, 16 Nov -- Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Tapah Datuk Seri M.Saravanan menjawab soalan pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri ketika Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

MIC tidak menolak cadangan pembentukan kerajaan campuran antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Presidennya, Datuk Seri M Saravanan tindakan berkenaan boleh diterima bagi menjamin kestabilan pentadbiran negara.

“Kita di sini untuk melihat pihak mana yang akan disokong (bagi pembentukan kerajaan Persekutuan).

“Pertemuan ini bagi membincangkan pihak mana yang akan membentuk kerajaan untuk kerajaan yang stabil,” katanya kepada pemberita, di sini.

Menurut Saravanan, pihaknya menghadiri pertemuan di Hotel Seri Pacific selepas menerima jemputan daripada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pagi tadi, kelihatan pemimpin PH dan BN tiba di Hotel Seri Pacific, bagi bermesyuarat membentuk kerajaan baharu.

Mereka adalah Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Pemimpin PH pula, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Timbalannya, Datuk Seri Salahuddin Ayub. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here