Rundingan bentuk kerajaan perlu ambil kira suara MP BN – Najib

0
3

BEKAS Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak mengingatkan agar sebarang rundingan untuk pembentukan kerajaan perlu mengambil kira kepentingan jangka masa panjang Umno dan BN.

Bekas Perdana Menteri yang kini menjalani hukuman penjara itu, menitipkan pesanan berkenaan kepada ahli keluarganya dan dikongsikan oleh anaknya Nooryana Najwa dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

“Pesanan ayah kepada BN pagi tadi semasa satu perjumpaan keluarga: Sekiranya BN perlu berunding dengan mana-mana gabungan bagi menyelesaikan masalah parlimen tergantung dan untuk membentuk kerajaan, maka rundingan ini patut mengambil kira kepentingan jangka masa panjang Umno dan BN dan bukan hanya untuk kepentingan sementara.

“Rundingan ini perlu mengenepikan perbezaan sentimen serta perlu mengambil kira pendapat semua Ahli Parlimen BN yang berjaya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15),” pesannya.

Menurut Nooryana, bapanya juga ingin menyampaikan bahawa dia amat merindui sahabat-sahabatnya dalam BN dan menegaskan harapan dan kepercayaannya bahawa Umno dan BN merupakan parti keramat yang pasti akan bangkit semula. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here