SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menggantung pengundian di 11 Pusat Mengundi di bahagian pilihan raya Parlimen Baram di Sarawak.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, berkata ia kerana keadaan cuaca tidak baik, menyebabkan petugas tidak dapat sampai ke tempat bertugas sama ada melalui laluan udara, darat dan air.
Menurutnya, tarikh baharu pengundian bagi pusat mengundi dan saluran tempat mengundi akan dimaklumkan kelak setelah keadaan selamat untuk petugas dan pengundi sampai ke pusat mengundi bagi menjalankan pengundian.
Senarai Pusat Mengundi dan Tempat Mengundi (Saluran) yang terlibat adalah seperti berikut:
- Sekolah Kebangsaan Long Naah (Saluran 1 & 2)
- Sekolah Kebangsaan Long Luteng (Saluran 2)
- RH TK Matthew Belulok Lalo Kpg. Lepo Gah (Saluran 1 & 2)
- Sekolah Kebangsaan Long Sait (Saluran 2)
- Sekolah Kebangsaan Long Tungan (Saluran 1 & 2)
- Sekolah Kebangsaan Long Moh (Saluran 1 & 2)
- Sekolah Kebangsaan Long Mekabar (Saluran 1)
- Sekolah Kebangsaan Long Jekitan (Saluran 1 & 2)
- Sekolah Kebangsaan Long Lamei (Saluran 2)
- Sekolah Kebangsaan Lio Mato (Saluran 1 & 2)
- Sekolah Kebangsaan Long Banga (Saluran 1 & 2)

