Ahmad Said pakai baju lambang dacing ketika mengundi?

0
1

CALON Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Said dilihat memakai kemeja dengan lambang dacing ketika mengundi, hari ini.

Beliau yang bertanding di Parlimen Kemaman dikesan melanggar peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika mengundi di Sekolah Kebangsaan Teluk Kalong, pagi tadi,

Ia berkemungkinan melanggar Seksyen 26(1)(g) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang memperuntukkan tiada seorangpun boleh pada hari mengundi dalam jarak 50 meter daripada sempadan mana-mana tempat mengundi, memakai apa-apa bentuk atau jenis pakaian tercetak atau tertera nama calon, lambang atau simbol mana-mana parti politik.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara dalam tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya.

Gambar bekas Menteri Besar Terengganu bersama isteri, Toh Puan Seri Norliza Mahmud selesai menjalani proses pengundian tular di media sosial, ketika ini.

Setakat ini, calon PN bagi Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamarudin Jaffar dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang bertanding di Parlimen Marang turut dikesan melanggar peraturan SPR pada hari pengundian, hari ini.

Ahmad berdepan saingan empat penjuru di Kemaman, dicabar penyandang Parlimen itu, Che Alias Hamid daripada Perikatan Nasional (PN), Hasuni Sudin daripada Pakatan Harapan (PH) dan Rosli Ab Ghani daripada Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).

Pada PRU14, Parlimen Kemaman dimenangi Alias daripada PAS dengan majoriti 2,163 mengalahkan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (BN) dan Mohd Huzaifah Md Suhaimi (PKR). – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook Ahmad Said

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here